unknown
January 01, 2018
Kepada Zul,
Sebagaimana yang kau pinta, kau ingin mengetahui kehidupanku, bagaimana aku boleh begitu gembira dalam kehidupan ini tanpa sebarang masalah tetapi apa yang kau lihat bukanlah seperti yang kau ketahui. aku juga seperti kau zul hidup penuh dengan masalah tapi aku tak pernah beritahu sesiapa kerana tiada siapa akan memahami. Pada saat aku terlihat kau keseorangan seksa rasa diri aku zul kau mengingatkan aku kepada diri aku yang telah lama kehilangan orang yang aku sayang zul, tapi aku taknak beritahu orang apa sebenarnya yang terjadi dalam hidup aku . atas pemintaan kau dan ini mungkin nukilan terakhir aku untuk kau zul . Aku dulu mempunyai segalanya zul, tidak ada sedikit cela dalam hidup aku zul tapi bagaimana yang di kata bahagia itu sekejap lalu itulah yang terjadi pada aku zul. aku dikhianati oleh sahabat aku sendiri kerana kekayaan aku maka mereka mengkhianati aku dan meninggalkan aku yang terdampar zul. hidup aku yang dulu cahaya nya terik seperti matahari menyinar ke bumi kini kelam di halang gerhana zul tapi aku tak mengalah zul lalu tuhan beri aku seseorang yang sering bersama aku ketika aku dalam keadaan maghsyul runsing zul. Sering memberi nasihat kepada aku seperti mana aku buat kepada kau zul tapi itu pun tidak lama zul lalu aku dibuang zul. Atas perkara ini otak aku tidak dapat berfikir dengan begitu baik, lalu pada satu hari aku terdampar di hospital kerana nafsu ingin membunuh diri. cubaan pertama aku gagal, lalu doktor memberi aku ubat penawar sakit aku iaitu lorazepam, ambien dan risperdal dan ketika itu aku memikirkan apakah hala tuju aku dalam hidup ini? adakah ini semua balasan hidup aku? kehidupan yang membinasakan. lalu aku berjumpa kau zul yang keseorangan, lalu aku menegur kau supaya kau tidak rasa kesepian seperti mana aku rasakan . disaat kau memberitahu kesengsaraan yang kau alami ingin saja aku menangis kerana aku pernah mengalami apa yang kau alami. Kau pernah bertanya kenapa aku tidak suka ketika malam tiba ia kerana tiap kali malam telah menjelang aku merasa kan sunyi dan dalam fikiranku hanya la mati. lalu aku terpaku tunduk akan bisikkan itu. Maafkan aku zul aku tak kuat untuk melawan bisikkan itu. jika kau dapat surat ini ketahuilah aku telah tenang dialam sana jangan la kau buat perkara yang telah aku lakukan zul selagi kau mampu maka lawan la zul sampai putus tunjang putih tulang . aku tahu bukan mudah zul berjalan berseorangan, tekanan, separuh semangat hilang, sentiasa dihukum dihakim darah sendiri zul tapi ingatlah zul kalau hati bercahaya pasti akan temui jalan pulang zul. Maafkan aku sebab tinggalkan kau. surat ini yang terakhir aku sajikan untuk kau atas apa yang kau pinta sebelum aku pergi.
jaga diri jangan makan hati,
yang terluka pasti akan sembuh nanti.
0 comments